top of page

Cendawan Tiram Kelabu atau nama botaninya Pleurotus sajor-caju dari famili Pleurotaceae merupakan jenis cendawan yang mempunyai permintaan yang baik di pasaran tempatan dan eksport. penanaman cendawan tiram kelabu memerlukan kelembapan tinggi pada suhu 28oC - 30oC dan tidak terdedah pada cahaya matahari. Negara pengeluar utama ialah Thailand, Taiwan, Jepun dan Australia. Perusahaan tanaman cendawan boleh didapati hampir di setiap negeri di Malaysia. Negeri pengeluar utama cendawan adalah Johor dan Selangor.


Cendawan Tiram Kelabu mengandungi kalori yang rendah, bahan antioksidan, protein serta pelbagai mineral dan vitamin yang mampu meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bakteria, merencatkan pertubuhan tumor dan aktiviti pelindung gen. Kebiasaannya digunakan dalam masakan sebagai sayur dan penghasilan produk hiliran seperti produk sejuk beku dan makanan ringan.

bottom of page
